Isnin, 20 Julai 2009

[INFO] Program Pembangunan Pegawai Baru Sesi 3/2009

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan ini dimaklumkan bahawa sesi selanjutnya bagi program berkenaan akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 06 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Sukacita tuan / puan dapat meluangkan masa bagi menghadiri program tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Kerjasama tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.