Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi forum mengenai peranan dan tanggungjawab fakulti/ institut/ pusat sebagai salah satu pengisian slot kepada Program Pembangunan Pegawai Baru UKM akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut:
Tarikh : 09 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat FSSK
Aras 3, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Skop:
i. Peranan/Tanggunjawab Fakulti - Panel : Puan Norashikin Ibrahim dan Puan Zoraini Ibrahim
ii. Peranan/ Tanggungjawab Institut - Panel : Puan Ina Mohd Yassin
iii. Peranan/ Tanggungjawab Pusat - Panel : Puan Rohazaini Hassan
Tuan / puan adalah diwajibkan untuk menghadiri program tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Kerjasama tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.